Pelancong dari Malaysia ke Jepun perlu kuarantin selama 6 hari

0
55
Gambar hiasan

TOKYO – Pelancong dari Malaysia dan juga Vietnam yang memasuki Jepun dikehendaki menjalani kuarantin selama enam hari.

Agensi berita Kyodo News melaporkan, pelancong Malaysia dan Vietnam perlu dikuarntin di lokasi uyang ditetapkan kerajaan Jepun.

Menurut laporan agensi itu, langkah tersebut bagi mengawal sempadan dan menghalang penularan lebih banyak varian Covid-19.

Selain itu, Jepun turut menetapkan arahan kuarantin selama 10 hari bagi pelancong dari Afghanistan.

Negara terbabit juga menetapkan kuarantin selama tiga hari untuk mereka yang tiba dari Thailand serta beberapa negeri di Amerika Syarikat.

Buat masa ini, Jepun telah melaksanakan larangan perjalanan ke atas 159 negeri dan wilayah serta menyekat kemasukan warganegara asing.

Ia termasuk mereka yang mempunyai status penduduk, yang telah pergi ke negara-negara tersebut dalam tempoh dua minggu lalu, kecuali dalam keadaan tertentu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here