Peluang berganjak ke Fasa 2 Pemulihan masih tipis – Najib Razak

0
45
Najib Razak

CYEBRJAYA – Rakyat negara ini akan berada di bawah Fasa 1 Pelan Pemulihan yang lebih panjang sekiranya kerajaan tidak mengubah pendekatan menangani pandemik Covid-19.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, andaian itu dibuat berdasarkan peningkatan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt yang kembali ke paras neutral 1.00.

Katanya, kadar kebolehjangkitan melebihi paras 1.00 yang berlanjutan memberi indikasi kes baharu akan meningkat manakala nilai bawah paras 1.00 menandakan kes akan menurun.

“Lebih lambat lagi kita nak bebas lockdown sekiranya pendekatan melawan Covid tidak berubah dan kerajaan hanya pandang dan biarkan sahaja kadar kebolehjangkitan yang semakin menaik sejak 2 minggu lalu walaupun negara kononnya sudah sebulan berada dalam “Total” lockdown dan telah dikenakan PKP 3.0 selama 1 bulan 18 hari sejak sebelum Hari Raya,” katanya dalam hantaran di Facebook miliknya hari ini.

Menurut Najib, peningkatan semula nilai Rt pada paras semasa juga akan menyebabkan kes baharu Covid-19 tidak akan berkurangan iaitu sekitar 5,000 kes setiap hari bagi tempoh akan datang.

Justeru itu katanya, peluang untuk menyaksikan kes turun ke bawah 4,000 kes setiap hari supaya negara dapat beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan dalam masa terdekat boleh dikatakan tipis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here