Pembentukan kerajaan baharu tidak dibincangkan-Anwar

0
145
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika keluar dari pintu 2 Istana Negara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini. – foto/FaridJanudin

KUALA LUMPUR – Pembentukan kerajaan baharu tidak dibincangkan dalam pertemuan antara Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi.

Anwar ketika ditemui pemberita selepas keluar dari Istana Negara berkata, beliau berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong berlapang dada untuk mendengar setiap pandangan daripada pemimpin-peminpin utama parti.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika keluar dari pintu 2 Istana Negara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini. – foto/FaridJanudin

“Itu soal yang tidak berbangkit sekarang (pembentukan kerajaan yang baharu,” kata Ahli Parlimen Port Dickson selepas hampir sejam mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.

Ketika ditanya mengenai tujuan Yang di-Pertuan Agong memanggil pemimpin -pemimpin parti politik menghadap, Anwar berkata, hak itu (memanggil menghadap) itu terpulang kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong.

“Itu terserah kepada Tuanku. Tetapi, berdasarkan pengalaman saya tadi, Tuanku berlapang dada untuk mendengar semua pandangan. Saya juga ada menyediakan laporan untuk pertimbangan Tuanku,” katanya.

Selain itu, Anwar menjelaskan, antara usul yang dibawa dalam pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong itu ialah rayuan penamatan darurat selain isu semasa berkaitan pandemik Covid-19.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika keluar dari pintu 2 Istana Negara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini. – foto/FaridJanudin

Hari ini, Anwar menjadi pemimpin politik kedua menghadap Yang di-Pertuan Agong, kereta jenis Jaguar berwarna hitam yang dinaiki Anwar tiba di Istana Negara pada pukul 10.37 pagi dan dilihat keluar pada pukul 11.54 pagi.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap Yang di-Pertuan Agong kira-kira sejam hari ini.

Kenderaan rasmi yang membawa Muhyiddn tiba di Istana Negara pada pukul 7.50 pagi tadi dan dilihat keluar pada pukul 8.56 pagi selepas pertemuan tamat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here