PEMULIH: Taska, tadika terima bantuan RM3,000

0
62
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Bantuan kewangan sebanyak RM3,000 akan diberikan kepada pengusaha taska dan tadika di seluruh negara menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan itu akan memberi manfaat kepada lebih 4,400 pengusaha taska seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta lebih 8,000 pengusaha tadika swasta seliaan Kementerian Pendidikan.

“Diharapkan dengan pemberian bantuan ini, ia dapatlah digunakan antaranya untuk keperluan sanitasi dan pembelian peralatan nyahkuman bagi memastikan kebersihan dan keselamatan anak-anak yang ditempatkan di pusat asuhan dan tadika,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, katanya, bagi membantu pengusaha kantin di sekolah yang terkesan berikutan sesi persekolahan ditutup, kerajaan bersetuju memberikan bantuan kewangan sebanyak RM1,000 kepada semua pengusaha kantin berdaftar.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here