Pendaftaran vaksinasi rakyat Malaysia secara automatik sedang dipertimbang – Muhyiddin

0
95
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan sedang melihat secara serius cadangan untuk melaksanakan proses pendaftaran pemberian vaksin Covid-19 secara automatik bagi memastikan seramai mungkin rakyat divaksinasi.

Perdana Menteri berkata, ini selepas hanya 51 peratus sahaja rakyat negara ini yang mendaftar dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Beliau berkata, sasaran kerajaan adalah sekurang-kurangya 80 peratus rakyat Malaysia divaksin bagi mencapai kelompok imuniti menjelang hujung tahun ini.

“Saya juga telah meminta Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV) untuk melihat semula proses pendaftaran vaksin agar dapat dipermudahkan lagi, termasuk cadangan melaksanakan proses pendaftaran secara automatik bagi memastikan seramai mungkin rakyat divaksinasi,” katanya ketika berucap berhubung perkembangan 100 hari Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Dalam pada itu, beliau turut menyeru rakyat Malaysia agar tampil ke hadapan sebagai sukarelawan untuk membantu melancarkan proses pemberian vaksin.

Beliau berkata, golongan belia serta badan bukan kerajaan dialu-alukan untuk menyumbang tenaga dan masa bagi menjayakan program vaksinasi terbesar dalam sejarah negara.

Katanya, penglibatan dan sokongan semua pihak amat diperlukan dalam usaha negara untuk mencapai 80 peratus yang disasarkan untuk membentuk imuniti berkelompok.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here