Pengambilan khas guru secara one-off tawar 18,702 kekosongan

0
295
Dr Radzi Jidin

CYBERJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) akan membuat pengambilan khas guru secara one-off untuk mengisi 18,702 kekosongan di seluruh negara terutama di Sabah Sarawalk, Johor dan Selangor.

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, pengambilan bagi mengatasi masalah kekurangan guru yang telah sekian lama berlarutanitu akan melibatkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41.

Katanya, tawaran permohonan jawatan itu akan mula dibuka pada 7 Julai ini manakala penempatan secara berperingkat-peringkat dijangka bermula pada Oktober nanti.

Beliau berkata, inisiatif melalui perancangan KPM dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) di bawah Pelan Pemulihan Negara itu diharap akan dapat menampung cabaran kekurangan calon guru dari Institusi Pendidikan Guru (IPG) selain ketidaksepadanan opsyen mata pelajaran.

“KPM memerlukan untuk mata pelajaran tertentu tetapi bekalan tidak banyak.

“Wujud keadaan apabila agak sukar untuk KPM mengambil guru baharu bagi memenuhi kekosongan yang ada,” katanya pada Sidang Media Khas, yang dijalankan secara maya, pagi ini.

Radzi berkata, antara mata pelajaran dikesan mengalami kekurangan guru adalah Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi di peringkat Sekolah Rendah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here