Penggunaan vaksin campuran belum dimuktamad, CanSino untuk pedalaman Kelantan

0
38
Khairy Jamaluddin Abu Bakar

KUALA NERUS – Kaedah penggunaan campuran dua jenis vaksin AstraZeneca dan Pfizer atau heterologi masih belum dimuktamadkan oleh kerajaan kerana masih diperingkat ujian.

Menteri Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, jawatankuasa kerja teknikal belum memutuskan cadangan kaedah itu selepas dibentangkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV) dua minggu lalu.

“Difahamkan langkah sama telah dilaksanakan di beberapa buah negara,” katanya selepas lawatan kerja ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Gong Badak, hari ini.

Dalam pada itu, Khairy mengumumkan tambahan 200,000 bekalan dos vaksin untuk kerajan negeri Terengganu untuk mencapai sasaran 12,000 penerima vaksin sehari.

Sementara itu, Sinari Harian melaporkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa PICK Peringkat Negeri Kelantan, Khairy turut mengumumkan bekalan vaksin dos tunggal CanSino untuk masyarakat pedalaman dan orang asli di Kelantan.

Khairy yang juga merupakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, bekalan vaksin itu katanya akan mula dibekalkan bermula bulan depan.

Bekalan itu merupakan sebahagian daripada 550,000 dos bekalan vaksin yang dijanjikan oleh kerajaan pusat untuk Kelantan.

Katanya, Kelantan akan dapat mencapai sasaran imuniti kelompok apabila 1.2 juta rakyat negeri itu menerima suntikan vaksin.

“Saya berharap semua penduduk Kelantan menerima vaksin Covid-19 untuk mencapai sasaran imuniti kelompok tidak termasuk orang Kelantan yang tinggal di luar negeri itu,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here