Penularan Covid-19 di Hospital Temerloh terkawal

0
57
Dr Bahari Tok Muda Che Awang Ngah

KUANTAN – Keadaan dan operasi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh dekat sini masih dalam terkawal susulan peningkatan kes Covid-19 melibatkan kakitangan dan pesakit hospital berkenaan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Datuk Dr Bahari Tok Muda Che Awang Ngah berkata, berikutan perkara itu Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) telah mengambil langkah segera bagi membendung penularan Covid-19.

Usaha yang dilakukan termasuk dengan menutup wad yang terlibat dengan jangkitan untuk melakukan kerja-kerja sanitaasi dan dekontaminasi.

“Klinik Pakar Unit Rawatan Harian (Day Care Unit), Unit Hemodialisis dan Jabatan Rehabilitasi hospital itu ditutup buat sementara bermula 16 hingga 20 Jun ini bagi kerja-kerja disinfeksi.

“Pesakit yang memerlukan rawatan akan dirujuk ke fasiliti kesihatan kerajaan terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Bahari berkata, keadaan di HoSHAS kini berada dalam keadaan terkawal dengan bahagian yang tidak terbabit dengan jangkitan masih beroperasi seperti biasa.

“Penilaian risiko telah dibuat ke atas semua pesakit di wad dan kakitangan kesihatan di mana mereka yang diklasifikasikan sebagai kontak rapat kepada kes positif telah menjalani ujian saringan,” katanya.

Beliau berkata, pesakit yang telah terdedah kepada risiko jangkitan tetapi masih negatif telah diasingkan di bilik isolasi dan akan dibuat sampel ulangan.

“Semua kakitangan yang diklasifikasikan sebagai kontak rapat telah dikuarantin, manakala aktiviti kawalan dan pencegahan telah dilaksanakan oleh pihak pengurusan hospital,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here