Penumpang MRT laluan Kajang pada 27 Mei disaran lakukan ujian saringan Covid-19

0
63
Stesen MRT Kajang

CYBERJAYA – Penumpang yang menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang pada petang 27 Mei lalu, disaran untuk menjalani ujian saringan Covid-19.

Prasarana dalam satu kenyataan hari ini berkata, saranan itu susulan seorang penumpang disahkan positif Covid-19.

“Saranan Rapid KL itu dikeluarkan susulan permohonan maaf dan pengakuan penumpang tren berkenaan bernama Hanim Azman menerusi akaun Twitternya bahawa beliau positif Covid-19 ketika menaiki tren MRT pada waktu itu,” kata Prasarana dalam kenyatannya hari ini.

Berikut merupakan ciapan Hanim Azman di laman Twitternya.

“Sesiapa yang menaiki MRT dari stesen Bukit Bintang ke Kajang pada 27 Mei (6.40 petang) dan KTM (Komuter) dari Kajang ke Seremban (7.26 malam), jika anda mengalami gejala Covid-19, diminta membuat ujian saringan segera kerana ujian calitan saya adalah positif. Saya mohon maaf,” 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here