Perdana Menteri menghadap Agong hari ini

0
51
Istana Negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard berwarna hitam yang membawa Perdana Menteri itu dilihat memasuki pekarangan Istana Negara melalui Pintu Satu pada pukul 2.19 petang.

Terdahulu pagi tadi, Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021, Tun Arifin Zakaria turut menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Sebelum ini, Perdana Menteri pada 9 Jun lalu telah menghadap Yang di-Pertuan Agong diikuti 15 ketua parti politik lain pada hari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here