Perdana Menteri ucap tahniah kepada Damok berjaya juarai saingan CEV Moto3 Remaja Dunia

0
94
Syarifuddin Azman berjaya menjuarai saingan CEV Moto3 Remaja Dunia di Barcelona, Sepanyol semalam

CYBERJAYA – Kejayaan pelumba muda negara, Syarifuddin Azman menjuarai saingan CEV Moto3 Remaja Dunia di Barcelona, Sepanyol semalam turut menarik perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merakamkan ucapan tahniah kepadanya.

Menerusi perkongsian di Facebook miliknya, Muhyiddin turut mengucapkan tahniah terhadap pasukan Syarifuddin yang telah membanggakan Malaysia di persada dunia.

“Saya cukup berbangga dan gembira apabila dimaklumkan anak muda Malaysia, Syarifuddin berjaya menggegar Litar Catalunya.

“Sudah pasti hanya keazaman, ketekunan, kesungguhan dan keberanian sahaja yang mampu meletakkan seorang pelumba untuk bergelar juara.

“Tahniah Damok!,” katanya hari ini.

Syarifuddin, 20, anak kelahiran Selangor yang memulakan perlumbaan di petak ke-10 berjaya muncul juara selepas memperagakan aksi tunggangan terbaiknya sepanjang perlumbaan.

Syarifuddin Azman

Dalam baki enam pusingan, Syarifuddin mula mengatur strategi sehingga berjaya memberi tekanan kepada barisan pelumba di kelompok hadapan yang diketuai Mario Suryo Aji dari Indonesia sebelum memimpin perlumbaan ke garisan penamat.

Syarifuddin atau lebih dikenali sebagai Damok menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 29 minit 32.553 saat.

Tempat kedua milik pelumba tuan rumah, David Munoz Rodriguez dari pasukan Avatel-Cardoso Racing dengan catatan masa 29:32.715 manakala Jose Antonio Rueda Ruiz juga dari Sepanyol di tempat ketiga (29.32.825s).-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here