Perdana Menteri ucapkan terima kasih kepada penjawat awam

0
108
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

CYBERJAYA- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin amat menghargai dan menyambut baik solidariti penjawat awam memberi sumbangan kepada negara bagi memerangi Covid-19.

Perdana Menteri berkata, sumbangan penjawat awam tidak termasuk petugas barisan hadapan dan kakitangan kerajaan Gred 1 hingga 28 ini akan dimasukkan ke Akaun Amanah Bencana Covid-19.

“Saya amat menghargai dan menyambut baik solidariti penjawat awam yang akan turut serta memberi sumbangan kepada negara bagi memerangi Covid-19 melalui potongan Imbuhan Tetap Keraian (ITK) dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) sebagaimana diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

“Sumbangan oleh penjawat awam tidak termasuk petugas barisan hadapan dan kakitangan kerajaan Gred 1 hingga 28 ini akan dimasukkan ke Akaun Amanah Bencana Covid-19.

“Ini membuktikan kebersamaan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab bersama Kerajaan memerangi pandemik Covid-19,” katanya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.

Menurut Muhyiddin, solidariti itu juga adalah cerminan sokongan penjawat awam terhadap perjuangan para ‘frontliners’ yang berusaha tanpa henti untuk membendung dan melindungi kita semua daripada jangkitan pandemik Covid-19. 

“Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua kakitangan awam yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang lebih setahun menguruskan pandemik Covid-19 ini.

“Saya doakan agar semua penjawat awam di seluruh negara, tidak kira apa pun peranan anda dalam perjuangan kita memerangi Covid-19 ini akan terus diberkati Allah SWT. 

“Semoga kita semua dan Malaysia dilindungi daripada ancaman wabak ini. Insya-Allah,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here