Perlawanan Finland vs Denmark disambung semula, Eriksen stabil di hospital

0
111

COPENHAGEN – Perlawanan Euro 2020 di antara Finland menentang Denmark yang dihentikan sementara berikutan kejadian kecemasan yang menimpa pemain Denmark, Christian Eriksen akan berlangsung pada pukul 2.30 pagi nanti,

UEFA dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dicapai hasil permintaan kedua-dua buah pasukan yang terlibat dalam perlawanan itu.

“Empat minit terakhir separuh masa pertama akan dimainkan.

“Ini akan diikuti dengan waktu separuh masa selama 5 minit, dan diikuti dengan permainan separuh masa kedua,” kata UEFA dalm satu ciapan.

UEFA turut berkata, pada waktu ini, Eriksen sedang menerima rawatan di hospital dan dia dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here