Eriksen rebah tiba-tiba, perlawanan Finland vs Denmark digantung

0
325

COPENHAGEN – Pemain tengah Denmark, Christian Eriksen rebah secara tiba-tiba di atas padang ketika pasukannya menentang Findland dalam Euro 2020 sebantar tadi.

Pasukan perubatan ketika ini sedang sedang bertungkus lumus memberikan rawatan CPR kepada pemain Inter Milan itu.

UEFA dalam satu kenyataan ringkas sebentar tadi menyatakan perlawanan tersebut buat masa ini digantung terlebih dahulu, berikutan satu ‘kejadian kecemasan’.

“Eriksen sudah dihantar ke hospital bagi rawatan lanjut, dan beliau berada dalam keadaan stabil,” kata kenyataan itu lagi. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here