Permohonan Bantuan Kecemasan Zakat 3.0 untuk B40 dibuka mulai esok- MAIWP

0
118
Sumbangan berjumlah RM805,000 disampaikan Timbalan Ketua Pegawai Operasi MAIWP, Mohd Nizam Yahya kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Ajib Ismail-Gambar perkongsian Facebook Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

CYBERJAYA – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan membuka permohonan Bantuan Kecemasan Zakat 3.0 kepada golongan B40 yang terjejas pendapatan susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, permohonan  Bantuan Kecemasan Zakat 3.0 itu akan dibuka bermula esok sehingga 30 Jun ini.

Zulkifli berkata, permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang ebaitulmal.gov.my untuk bantuan RM500 yang akan diberikan secara ‘one-off’ kepada pemohon yang layak.

“Penerima Bantuan Kecemasan Zakat 2.0 sebelum ini akan layak secara automatik untuk menerima RM500 yang disalurkan bermula esok hingga 15 Julai secara berperingkat-peringkat,” katanya di laman Facebooknya hari ini.

Terdahulu hari ini, Zulkifli menyaksikan penyerahan bantuan zakat ‘one-off’ RM500 kepada 1,610 orang Guru KAFA Wilayah Persekutuan.

Sumbangan berjumlah RM805,000 itu disampaikan Timbalan Ketua Pegawai Operasi MAIWP, Mohd Nizam Yahya kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Ajib Ismail.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here