Pertemuan Agong dan Raja-Raja Melayu akan diadakan pada 16 Jun ini

0
94
Gambar fail oleh Farid Janudin

CYBERJAYA – Satu pertemuan antara Yang di-Pertuan Agong bersama Raja-Raja Melayu akan diadakan pada 16 Jun ini di Istana Negara bagi membincangkan usaha bagi memerangi penularan Covid-19 dan pelaksanaannya semasa tempoh darurat.

Menurut Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, sesi perbincangan Khas Raja-Raja Melayu itu dibuat atas inisiatif Yang di-Pertuan Agong dan akan dipengerusikan oleh baginda sendiri.

“Perbincangan khas ini adalah kali kedua seumpamanya diadakan di Istana Negara sejak baginda menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari 2019.

“Kali pertama perbincangan Khas Raja-Raja Melayu telah dianjurkan dan berlangsung pada 25 Oktober tahun lalu di Istana Negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kira-kira pukul 7.50 pagi.

Kemudian baginda juga menerima menghadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara berasingan sebentar tadi.

Anwar yang ditemui media menjelaskan, antara usul yang dibawa dalam pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong itu ialah rayuan penamatan darurat selain isu semasa berkaitan pandemik Covid-19.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here