Petugas media mula terima vaksin Covid-19 Rabu ini

0
55

CYBERJAYA – Petugas media dijangka akan menerima vaksin mulai Rabu ini.

Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, tarikh temu janji untuk menerima vaksin akan mula diberikan hari ini.

Bagaimanapun, kata Khairy lagi menurut portal Malaysia Gazette, jumlah keseluruhan petugas media yang bakal menerima vaksin Covid-19 belum dimuktamadkan.

“Ada yang akan terima temu janji hari ini, pemberian vaksin akan bermula Rabu ini,” kata Khairy ketika ditemui di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

Sebelum ini, beliau menegaskan, lebih 5,000 pengamal media daripada 144 agensi akan mendapat janji temu penerimaan vaksin Covid-19 bermula minggu pertama bulan Jun.

Difahamkan, beliau telah memberikan kelulusan untuk petugas media menerima vaksin secepat mungkin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here