Pfizer mulakan ujian berskala besar ke atas kanak-kanak

0
65

NEW YORK – Pfizer hari ini mengumumkan permulaan ujian vaksin Comirnaty berskala besar ke atas kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun.

Menurut Reuters, ujian itu akan dilaksanakan di lebih 90 lokasi klinikal di Amerika Syarikat (AS), Finland, Poland dan Sepanyol.

Selain kajian keberkesanan, ujian itu juga diadakan bagi memilih dos yang sesuai diberikan bagi golongan berkenaan.

Kata Pfizer, dalam ujian ini, kanak-kanak berumur di antara 5 hingga 11 tahun akan diberikan dos sebanyak 10 mikrogram, manakala golongan bayi berumur 6 bulan hingga 5 tahun pula akan menerima sebanyak 3 mikrogram.

Pada ketika ini, hanya AS, Kanada dan Eropah membenarkan vaksin Covid-19 keluaran Pfizer itu diberikan kepada kanak-kanak di atas 12 tahun.

Kajian ini merupakan satu daripada langkah penting dalam memastikan golongan kanak-kanak dan remaja menerima vaksin dan mewujudkan imuniti kelompok.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here