PKP 3.0 disambung dua minggu lagi

0
99
Anggota Polis memeriksa dokumen kebenaran merentas daerah atau negeri pemandu kenderaan pada Sekatan Jalan Raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Pusat Bandar berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

CYBERJAYA – Kerajaan hari ini mengumumkan keputusan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 untuk tempoh dua minggu lagi berkuat kuasa 15 Jun hingga 28 Jun ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu telah dibentang dan dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri hari ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Ismail Sabri berkata, keputusan berkenaan dibuat selepas mengambil kira jumlah kes harian masih tinggi melebihi 5,000 sehari dengan purata kes baharu sehingga semalam ialah 6,871.

“Senarai positif dan negatif serta Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi setiap aktiviti perkilangan, perniagaan dan industri masih kekal seperti mana yang telah diumumkan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ismail Sabri, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan merujuk kepada laman web kementerian berkaitan atau laman web MKN di www.mkn.gov.my.

“Memandangkan semua senarai positif serta negatif dan SOP adalah sama seperti sebelum ini, maka saya berharap tiada lagi kekeliruan dalam pelaksanaan penguatkuasaan SOP,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here