
KOTA KINABALU – Bermula esok, pelanggan boleh menikmati hidangan makanan secara dine-in di seluruh kedai makan, restoran dan premis hotel di Sabah.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keputusan itu susulan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara Fasa Pertama selain sebahagian prosedur operasi standard (SOP) negeri Sabah PKP 3.0 dikekalkan.
Katanya, kerajaan negeri turut membenarkan gerai-gerai menjual sayur, ikan dan buah-buahan di tepi jalan serta kedai gunting rambut.
“Aktiviti sukan dan rekreasi tidak bersentuhan fizikal seperti senaman, golf, memancing dan berbasikal adalah dibenarkan.
“Selain itu, aktiviti pembuatan dan perkilangan diperluaskan kepada getah, simen dan cat; kilang berasaskan kayu dan perabot,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Hajiji yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata, SOP negeri Sabah akan dikeluarkan dalam masa terdekat ini.-MT