PKP penuh sambung atau tidak diputuskan hari ini

0
88
PKP penuh berpotensi untuk disambung kerana kes baharu masih melepasi angka 4,000.

CYBERJAYA – Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh yang bakal berakhir esok dilanjutkan atau tidak akan diumumkan hari ini.

Seperti kebiasaannya, keputusan berkaitan perkara tersebut dijangka diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob petang ini.

Berdasarkan situasi semasa jangkitan Covid-19 di negara ini, PKP penuh berpotensi untuk terus dilanjutkan bagi mengekang penularan pandemik berkenaan.

Untuk rekod, semalam, jumlah kes positif Covid-19 mencatatkan angka 5,803 kes, manakala 5,812 kes pada Jumaat dan 5,841 kes (Khamis).

Ia sekali gus menjadi petanda bahawa PKP penuh bakal dilanjutkan memandangkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) hanya akan menamatkan PKP Fasa Satu sekiranya jumlah jangkitan Covid-19 kurang daripada 4,000 kes selama tujuh hari berturut-turut. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here