PM akan umum berita baik tentang harga minyak tidak bersubsidi

0
104
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi,  Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali petang ini mengadakan sidang video bersama Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

CYBERJAYA –  Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan berita gembira berhubung harga minyak masak tidak bersubsidi dalam masa terdekat

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya hari ini.

Menerusi hantaran berkenaan, kementerian terbabit turut mengakui bahawa isu harga minyak masak tidak bersubsidi di pasaran meresahkan rakyat.

“Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi,  Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali petang ini mengadakan sidang video bersama Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Agenda mesyuarat berkenaan ialah berkaitan syor kementerian dalam usaha menstabilkan harga minyak masak tidak bersubsidi di pasaran yang menjadi keresahan rakyat. 

“Sehubungan itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan berita gembira kepada rakyat dalam masa terdekat,” katanya.

Selain itu, kedua-dua kementerian turut membincangkan lima program Khas KPPK bagi membantu rakyat di bawah inisiatif Pelan Pemulihan Negara (PPN).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here