Pokok hiasan spesies Malaysia dilelong RM78,000 di New Zealand

0
297
Pokok dari spesies Rhrasidophora Tetrasperma yang dilelong pada harga NZD$27,100 di laman Trade Me.

AUKLAND – Sepohon pokok hiasan dengan hanya sembilan helai daun dijual pada harga AS$19,297 yang bersamaan RM78,000 dalam laman lelongan popular di New Zealand, Trade Me.

Bidaan untuk mendapatkan spesies ‘Rhaphidophora Tetrasperma’ dengan tompokan hijau dan putih pada bahagian daun yang dikatakan amat jarang ditemui itu dimenangi oleh pembida bernama “foliage_patch“.

Pembelian pada harga tersebut dilakukan kira-kira empat minit terakhir yang sebelum itu didahului oleh pembina bernama “meridianlamb”, mengatasi 248 bidaan sebelumnya.

Jurcakap Trade Me, Millie Silverster berkata, pokok hiasan dalam rumah berkenaan mencipta rekod sebagai yang termahal pernah dijual melalui bidaan dalam talian.

“Kami menyaksikan perebutan yang hebat dalam bidaan ini. Tumbuhan ini mencatatkan 102,000 tontonan yang membuktikan betapa rakyat negara ini cintakan tumbuhan hiasan,” katanya kepada CNN.

Menurut rekod pendaftaran plantsoftheworldonline.org, spesies Rhapidophora Tetrasperma merupakan tumbuhan asal yang boleh ditemui di Malaysia dan Thailand.

Silverter berkata, trend penanaman pokok hiasan dalam rumah atau indoor plant yang semakin popular di seluruh dunia itu menyaksikan peningkatan harga bagi tumbuhan yang dijual di Trade Me.

“Harga bagi sepohon pokok meningkat daripada purata NZD34 kepada 82 NZD pada bulan lalu.

“Harga pula melonjak naik bagi spesies-spesies yang dianggap unik dan jarang ditemui,” katanya.

Tahun lalu, penjual yang sama menjual sepohon pokok dari spesies Monstera dengan daun pelbagai warna (variegated) di platform yang sama pada harga NZD$6,551 bersamaan RM19,246.

Penjual dengan nama “Hurley99” itu dilaporkan mendermakan kira-kira RM3,000 daripada hasil jualan itu kepada tabung kebajikan.

Carian di Internet juga menunjukkan spesies pokok yang sama (varieted) pernah dijual pada harga RM3,500 di platform Lazada di negara ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here