Polis siasat kes pesakit Covid-19 berhalusinasi tikam pesakit lain

0
46
PETALING JAYA 27 JULAI 2020. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal bercakap ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya. NSTP/ASYRAF HAMZAH

KLANG – Polis sedang menyiasat kejadian seorang pesakit Covid-19 yang menikam seorang lagi pesakit Covid-19 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pada 10 Jun lalu dipercayai akibat berhalusinasi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, berikutan kejadian itu suspek telah ditahan untuk diambil keterangan bagi mengesahkan dakwaan dia mengalami halusinasi.

“Polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti kesihatan mental suspek.

“Suspek direman enam hari bermula Sabtu untuk siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan buat masa ini ditempatkan di Hospital Sungai Buloh dengan kawalan polis.

“Mangsa yang masih dirawat di HTAR pula telah dilaporkan stabil,” katanya memetik laporan Sinar Harian hari ini.

Nik Ezanee berkata, sebelum itu satu kes kekasaran berlaku pada 9 Jun membabitkan waris kepada pesakit Covid-19 yang meninggal dunia di hospital sama.

“Ia dipercayai berlaku selepas waris terbabit tidak berpuas hati lalu cuba menampar seorang doktor dan terkena sedikit di bahagian telinga. Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” kata beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here