Presiden Pas dikejarkan ke IJN

0
205
Presiden Paa, Datuk Seri Abdul Hadi Awang

CYBERJAYA – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sebentar tadi.

Menurut anaknya, Muhammad Khalil, bagaimanapun keadaannya stabil dan masih memerlukan rawatan susulan serta pemantauan oleh doktor.

“Mohon doa dan solat hajat khusus kepada Ayahanda Tuan Guru supaya diberikan kesembuhan segera. Beliau kini berada di IJN dalam keadaan yang stabil namun masih perlukan rawatan susulan dan pemantauan oleh doktor,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Muhammad Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk turut menafikan khabar angin tentang tahap kesihatan Abdul Hadi.

“Saya turut menerima pertanyaan tentang mesej-mesej yang tersebar, kebanyakannya adalah tidak benar dan ditokok tambah.

“Insya-Allah saya akan maklumkan keadaan Ayahanda Tuan Guru dari masa ke masa,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here