Proses vaksinasi kita lambat kerana MySejahtera

0
296
Mahathir Mohamad

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam mengkritik kaedah pendaftaran suntikan vaksin menggunakan aplikasi MySejahtera sebagai karenah birokrasi yang melambatkan program vaksinasi negara.

Beliau berkata, kaedah pendaftaran awal itu perlu dipertingkatkan kerana tidak melihatkan langkah yang efisien sekaligus menjejaskan usaha mengawal penularan pandemik itu.

Tegasnya, proses pemberian vaksin kepada rakyat tidak seharusnya dirumitkan dengan pendaftaran awal sebaliknya boleh diberikan terlebih dahulu dan maklumat mengenai penerima direkodkan oleh petugas.

“Ada yang terpaksa menunggu sehingga 3 bulan selepas mendaftar di telefonbimbit. Tempat suntikan mungkin jauh untuk sesetengah orang, sepatutnya kerajaan kena datang kepada rakyat (beri suntikan).

“Siapa sahaja boleh disuntik dan ambil gambar kad pengenalan untuk direkod dalam sistem. Apa guna MySejahtera? ini semua birokrasi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program wawancara yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian malam tadi.

Dr. Mahathir berkata, proses suntikan vaksin sepatutnya dipermudahkan kepada rakyat sekiranya kerajaan serius untuk mempercepatkan program vaksinasi dan mencapai imunisasi kelompok.

Tambahnya, pemberian vaksin juga boleh dilakukan di kampung dan kawasan pedalaman kerana hanya memerlukan pasukan petugas yang kecil.

Beliau juga menggesa kerajaan menjadikan program vaksinasi secara pandu lalu yang dilaksanakan di Amerika Syarikat yang berupaya memberi suntikan kepada tiga juta orang setiap hari sebagai contoh terbaik.

Selain itu katanya, kerajaan juga tidak sepatutnya menghabiskan masa terlalu lama pada penyelidikan vaksin-vaksin yang telah terbukti selamat dan digunakan di negara-negara lain.

“Ada vaksin yang masih belum diluluskan di Malaysia tapi sudah digunakan di Jerman. Begitu juga dengan vaksin China yang sudah disuntik kepada 300 juta orang.

“Kita tidak boleh tunggu Pfizer dan AstraZeneca sahaja,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here