Pulse Oximeter bantu pantau oksigen dalam darah

0
43
Pulse Oximeter di Malakat pharmacy yang ditawarkan pada harga RM195

CYBERJAYA – Selain mematuhi amalan serta prosedur operasi standard (SOP) dalam aktiviti seharian, penggunaan pulse oximeter menjadi antara keperluan penting sepanjang musim Covid-19 ini.

Penggunaan alat yang dapat memantau tahap oksigen dalam darah ini membantu pengguna mendapatkan indikasi penting mengenai tahap kesihatan khususnya yang berkaitan dengan pernafasan.

Dalam menghadapi pandemik yang masih serius ketika ini, alat ini sudah tentu menjadi keperluan bagi setiap keluarga terutama yang sedang menjalani kuarantin dan golongan yang berisiko tinggi misalnya yang memiliki penyakit seperti anemia, asma, kanker paru-paru dan gagal jantung.

Penggunaan peranti mudah alih ini juga dapat berfungsi sebagai amaran awal supaya langkah-langkah awal dapat diambil termasuk mendapatkan bantuan kecemasan di hospital jika perlu.

Penggunaan pulse oximeter juga amat senang iaitu dengan hanya mengenakan klip pada bahagian badan seperti jari atau cuping telinga.

Alat ini boleh didapati dari Malakat Pharmacy yang terletak di aras G Malalat Mall Cyberjaya pada harga RM195. Maklumat boleh diperolehi dari laman Facebook Malakat Pharmacy.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here