Raja-raja Melayu mula tiba di Istana Negara

0
139
Kenderaan rasmi yang membawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tiba di Istana Negara pada jam 12.00 tengahari hari ini bagi menghadiri mesyuarat khas antara Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah bersama Raja-Raja Melayu yang dijadualkan pada jam 2.30 petang ini. – Foto MT/ Farid Janudin

KUALA LUMPUR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar menjadi antara yang terawal memasuki pintu di Istana Negara bagi menghadiri Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu hari ini.

Terdahulu, Pemangku Sultan Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dilihat memasuki pintu istana pada pukul 11 pagi.

Sidang yang dijadualkan berlangsung pada pukul 2.30 petang ini dijangka membincang isu-isu berkaitan usaha membendung pandemik Covid-19 dan pentadbiran negara.

Pertemuan hari ini juga dijangkamerumuskan intipati pertemuan 18 pemimpin politik negara dengan Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sejak minggu lalu.

Istana Negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here