Rakyat berkorban, MITI macam lepas tangan -Isma

0
216

CYBERJAYA – Gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menyifatkan jumlah kes positif Covid-19 yang masih ‘menjuarai’ sektor perkilangan sebagai bukti kegagalan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) membantu kerajaan menurunkan penularan wabak itu.

Pengesanan jumlah yang masih tinggi itu menurut Isma menggambarkan sikap tidak berterus-terang MITI dalam memberi kebenaran beroperasi kepada kilang-kilang perlu seperti diputuskan oleh Majlis Kebenaran Malaysia (MKN).

Isma dalam kenyataannya di Facebook hari ini berkata, walaupun pihaknya pernah meminta MITI supaya
mengambil langkah yang ketat dalam memberi kebenaran beroperasi, gesaan itu seperti tidak diendahkan.

“Gesaan itu ibarat mencurah air ke daun keladi kerana seruan berkenaan seperti tidak diendahkan.

“Hasilnya, kluster tempat kerja terutamanya sektor pengilangan menjuarai carta tertinggi kes jangkitan Covid-19,” katanya.

Isma berkata, kelonggaran yang diberikan MITI kepada sektor perkilangan itu juga jelas satu tindakan berat sebelah yang menyaksikan hanya rakyat yang berkorban sejak daripada awal penularan wabak itu.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerap kali ingatkan rakyat untuk patuh prosedur operasi standard (SOP) tetapi pihak MITI pula seakan tidak mahu bekerjasama membanteras Covid-19,” katanya.

“Di akhirnya nanti sia-sia sahaja rakyat berkorban duduk di rumah, tetapi kes tetap tidak berkurang,” katanya

Sehingga 14 Jun 2021, sejumlah 1,328 kluster tempat kerja telah dilaporkan KKM.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, walaupun trend kes mingguan di Malaysia menunjukkan penurunan dalam dua minggu ini, kluster-kluster tempat kerja terus menyumbang kepada pertambahan kluster-kluster baharu di Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here