Rakyat Hong Kong terpaksa ‘diumpan’ dengan cabutan bertuah supaya terima vaksin

0
32
GAMBAR HIASAN

HONG KONG – Satu isu unik sedang membelenggu Hong Kong sekarang, apabila kebanyakan rakyatnya enggan menerima vaksin Covid-19.

Berikutan bekalan vaksin yang semakin menghampiri tarikh luput, beberapa syarikat dan parti politik menganjurkan skim cabutan bertuah bagi menarik lebih ramai penduduk negara itu menerima vaksin.

Antaranya, CK Group menawarkan baucer membeli belah dengan nilai keseluruhan sebanyak HK$20 juta (RM10.62 juta), manakala New World Development Co. sehingga HK$10 juta (RM5.31 juta) kepada golongan berpendapatan rendah yang sedia menerima vaksin.

Kata The Guardian, terbaharu, Parti Kuasa Baharu (NPP) menawarkan hadiah cabutan bertuah bernilai HK1 juta (RM530,000) bagi kakitangan dan penyokongnya.

Pengerusi NPP, Regina Ip turut mendermakan sebuah jam tangan Rolex bertatahkan permata dan emas 18K yang dibuat pada tahun 1990 sebagai salah satu hadiah cabutan itu.

“Penawaran ini (Hadiah) adalah terhad, jadi kami hadkan kepada kakitangan parti dan penyokong kami sahaja,” kata Regina.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here