Rejim zionis musnahkan pejabat kerajaan dalam serangan udara di utara Gaza

0
148
Sejak semalam Israel telah melancarkan beberapa siri serangan ke atas Gaza sejak gencatan senjata berlaku pada bulan lalu

GAZA – Sebuah bangunan pentadbiran kerajaan yang terletak di utara Gaza musnah dibedil dalam satu serangan udara oleh rejim Zionis awal pagi tadi waktu tempatan.

Bagaimanapun menurut laporan media tempatan, tiada mangsa dilaporkan terkorban dalam serangan itu.

Dalam pada itu, sejak semalam Israel terus melancarkan beberapa siri serangan ke arah Gaza untuk kali kedua sejak gencatan senjata dibuat pada bulan lalu.

Kawasan yang menjadi sasaran serangan ialah utara bandar Gaza dan utara Beit Lahia.

Dalam pada itu, menurut jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum, serangan udara di wilayah Palestin di Gaza itu menunjukkan sikap sebenar pemerintahan baharu Israel diketuai oleh Naftali Bennett, selepas dilantik sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata, pihaknya akan terus mempertahankan tanah air mereka daripada serangan oleh Israel.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here