RM300,000 setiap Parlimen untuk Bantuan Bakul Makanan

0
80
Antara penerima mengambil bantuan barangan keperluan harian melalui program Zero Hunger yang dianjurkan oleh Malakat Mall dengan kerjasama Yayasan Brainy Bunch itu melibatkan penduduk Pangsapuri Rista Villa, Kenanga dan juga Dahlia, Puchong Perdana.

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan sebanyak RM300,000 kepada semua Ahli Parlimen.

Peruntukan itu termasuk kepada wakil rakyat pembangkang bagi melaksanakan Bantuan Bakul Makanan untuk rakyat terjejas akibat Covid-19.

“Dalam soal menyampaikan bantuan kepada rakyat, saya mengambil sikap untuk mengetepikan perbezaan politik.

“Baik Ahli Parlimen kerajaan atau pembangkang, semuanya mestilah memikul tanggungjawab bersama untuk membantu rakyat di kala ramai yang sedang menanggung kesusahan.

“Gunalah peruntukan ini sebaik mungkin untuk membantu rakyat yang memerlukan di kawasan Parlimen masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam pengumuman khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) hari ini..

Selain itu, Muhyiddin turut mengumumkan sebanyak RM10 juta diperuntukkan bagi tujuan Bantuan Bakul Makanan khusus untuk masyarakat Orang Asli.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here