Romania jual 1.17 juta dos vaksin kepada Denmark

0
58

BUCHAREST – Romania akan menjual sebanyak 1.17 juta dos vaksin keluaran Pfizer/BioNTech kepada Denmark.

The Guardian melaporkan, jumlah dos tersebut merupakan stok yang dimiliki Romania, dan dianggap sebagai lebihan kerana program vaksinasi di negara itu disambut dingin oleh rakyatnya.

“Kita boleh teruskan pembelian ini kerana proses vaksinasi yang perlahan di Romania.

“Jadi, mereka mahu menjual stok yang mereka ada daripada ia dibazirkan begitu sahaja,” kata Menteri Kesihatan Denmark, Magnus Heunicke.

Setakat ini, Romania telah mengedarkan vaksin kepada 4.47 juta rakyatnya, kira-kira 20 peratus jumlah keseluruhan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here