Ronaldo dibaling botol Coca-Cola, hampir diserang penceroboh

0
395
Ronaldo dibaling dengan botol Coca Cola oleh penonton dalam perlawanan awal pagi tadi

BUDAPEST – Pemain sensasi Portugal, Cristiano Ronaldo berdepan detik cemas apabila terdapat seorang penonton yang menceroboh padang dan cuba menyerangnya selepas berjaya menjaringkan gol kedua ketika menentang Perancis awal pagi tadi.

Jaringan penalti kedua yang dijaringkan oleh Ronaldo itu turut dicemari dengan insiden penonton membaling botol minuman Coca-Cola ke arah wira Portugal itu.

Situasi itu memaksa pegawai keselamatan terpaksa mengawal dan campur tangan selepas melihat balingan botol ke arahnya.

Insiden itu berlaku seminggu selepas penyerang Juventus berkenaan mengalih dua botol Coca-Cola, sebelum sesi sidang media yang mencetuskan kontroversi terhadap penajaan.

Namun, selepas pemain Perancis, Paul Pogba mengekori jejak Ronaldo dengan mengalihkan botol minuman keras, UEFA memberi amaran kepada pasukan untuk tidak menghalang produk penaja.

Ronaldo dilihat mengusap belakang tengkuknya selepas dibaling cawan minuman itu.

Bekas pemain Real Madrid dan Manchester United itu mempunyai alasan untuk menikmati jaringan berkenaan.

Jaringan itu meletakkan dirinya untuk melepasi rekod dilakukan bekas penyerang Jerman, Miroslav Klose dalam kejohanan besar dengan 19 gol.

Pencapaian itu juga menjadikan Ronaldo menyamai rekod pemain Iran, Ali Daei dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman di peringkat antarabangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here