Ronaldo saran minum air kosong, elakkan minum air berkarbonat

0
304
Cristiano Ronaldo mengalihkan dua botol air minuman berkarbonat, Coca Cola ketika sidang media menjelang aksi sulung Euro 2020 menentang Hungary

LONDON – Tindakan pemain bintang Portugal, Cristiano Ronaldo mengalihkan dua botol air minuman berkarbonat, Coca Cola ketika sidang media menjelang aksi sulung Euro 2020 menentang Hungary yang akan berlangsung tengah malam ini menarik perhatian banyak pihak.

Kapten Portugal itu kemudiannya menunjukkan sebotol air kepada pemberita dan berkata: “Minum air.”

Bekas pemain bintang Manchester United dan Real Madrid itu sangat terkenal dalam penjagaan kesihatan diri dan mengelakkan daripada makan makanan tidak berkhasiat.

Malah, pemain yang kini berusia 36 tahun turut mengelakkan minum minuman bergula dan minuman keras.

Dari sudut diet seharian, pemain Juventus itu makan sebanyak enam kali sehari dalam jumlah kecil dengan jarak dua hingga empat jam.

Kaedah tersebut bukan sahaja meningkatkan kadar metabolisme dalam badan, malah dapat mengelakkan badan daripada keletihan dan kelaparan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here