Rugi atau tidak beli hartanah berstatus leasehold?

0
405

Gambar hiasan

ADA orang, dekat mana-mana pun dia tak nak beli hartanah leasehold atau pegangan pajak. Sebab apa? Takut lepas tempoh pajakan tamat, nanti kerajaan ambil balik hartanah itu. Baik beli hartanah freehold (pegangan kekal), tak gitu?

Tak betul tu. Kalau kerajaan nak ambil tanah ni, tak semestinya leasehold. Freehold pun mereka boleh ambil.

1) Ada pun hartanah leasehold, sebelum tempoh pajakan tu tamat, anda boleh perbaharui tempoh itu. Walaupun melibatkan kos, kemungkinan besar lepas anda perbaharui, harga hartanah itu pun akan naik.

2) Dan ramai juga orang tak tahu, hartanah leasehold ini kebanyakannya terletak dekat kawasan bandar yang dekat dengan tempat kerja dan juga fasiliti.

3) Memang tak nafi ada hartanah freehold dekat kawasan bandar. Tapi ini pun kita boleh kata kawasan lama. Tanah-tanah baru kebanyakannya berstatus leasehold. Kawasan freehold tengah bandar ni harganya bukan lagi mampu milik. Harga memang mahal tapi kalau yang mampu, teruskan ‘grab’. Tak ada masalah.

4) Taknak jugak leasehold? Pilihan seterusnya yang anda ada ialah beli hartanah freehold luar bandar, yang mana jaraknya jauh dengan tempat kerja. Bila jauh, dah tentu ada kos dari segi masa dan wang ringgit untuk perjalanan pergi balik ke tempat kerja dan fasiliti. Jangan pandang rendah kos ni. Fikirkan jugak keselamatan kita hari-hari ulang alik pegi kerja.

5) Kalau korang buat pelaburan pun, pertimbangan freehold vs leasehold ini pun mungkin perkara kedua. Yang paling penting, rumah itu ada permintaan atau tak. Kalau rumah tu leasehold pun, ada akses cantik, macam-macam kemudahan, fasiliti, sudah tentulah nak sewa atau nak jual balik kemudian hari, senang.

6) Adakah selepas tempoh pajakan tamat, tanah itu akan dikembalikan kepada kerajaan negeri atau kerajaan akan tawar atau bayar pampasan dan sebagainya? Ya. Setelah tempoh pajakan tamat, hartanah akan menjadi milik kerajaan negeri dan diorang tak perlu bayar sebarang pampasan/ganti rugi kepada kita selepas tempoh pajakan tamat.

7) Jadi, sebelum tempoh pajakan tamat, kita boleh memohon untuk lanjutan tempoh pajakan dan diberi hak milik semula dengan tempoh pajakan yang baru. Biasannya kerajaan akan meluluskan tempoh lanjutan pajakan tersebut, melainkan atas sebab tertentu dan munasabah yang mana lanjutan tidak dapat diluluskan. Kerajaan tidaklah kejam saja-saja nak dengki tengok rumah kita cantik kemudian tak nak perbaharui pajakan rumah kita.

8) Namun begitu, untuk membolehkan tempoh pajakan dilanjutkan, kita perlu jelaskan bayaran premium tertentu mengikut nilaian semasa tanah tersebut. Lanjutan tempoh pajakan boleh terus dibuat kepada pihak berkuasa negeri melalui pejabat tanah yang berkenaan sebelum tempoh pajakan tamat (seeloknya dalam tempoh 2-3 tahun sebelum tempoh pajakan tamat).

9) Walau bagaimanapun, kalau kerajaan memutuskan untuk ambil balik tanah pajakan itu sebelum tempoh pajakan tamat, maka kerajaan perlu bayar pampasan pada tuan tanah mengikut harga semasa.

10) Jadi, kalau anda dah berkenan dengan satu rumah dan part yang tak kena bahagian leasehold tu je, janganlah sebab tu jadi penghalang anda beli rumah. Selagi tak ‘sangkut’ bayar loan, ia akan tetap jadi rumah kita dan boleh diwariskan pada anak cucu kita. Insya-Allah.

Oleh: Khairul Najmi Romli

Penafian: Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian Malakat Tribune.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here