Rusli dilantik sebagai Naib Pengerusi Eksekutif (Pengurusan) SKM yang baharu

0
388
Rusli Jaafar

CYBERJAYA – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) melantik Rusli Jaafar sebagai Naib Pengerusi Eksekutif (Pengurusan) suruhanjaya itu yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Menurut SKM dalam satu kenyataan ringkas, Rusli, 58, sebelum ini yang merupakan Pengarah Hal Ehwal Antarabangsa dan Komunikasi Korporat SKM telah berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan sejak 1993.

Anak kelahiran Ujong Permatang, Selangor ini juga merupakan pemegang Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pada 2007 hingga 2009 beliau pernah dipinjamkan ke Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sebagai Pegawai Khas kepada Menterinya ketika itu, Tan Sri Noh Omar.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here