Saintis China dakwa dua vaksin keluaran negara itu kurang berkesan melawan varian Delta

0
1103

BEIJING – Seorang saintis China mendakwa antibodi yang dihasilkan oleh dua vaksin Covid-19 buatan negara itu adalah kurang berkesan terhadap varian Delta.

Kata Reuters, pengkaji itu, Feng Zijian merupakan bekas timbalan pengarah Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan China (CCDC).

Menurut Feng, dua vaksin yang tidak dinamakan itu merupakan ‘vaksin yang menggunakan coronavirus yang sudah dinyahaktifkan’.

Untuk rekod, 5 daripada 7 vaksin yang dibangunkan di China menggunakan kaedah ini, termasuk Sinovac dan Sinopharm.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here