‘Saya tidak akan menyerah’ – Eriksen

0
62

COPENHAGEN – “Terima kasih (semua), saya tidak akan menyerah kalah.

“Saya berasa lebih baik sekarang, tetapi saya perlu memahami apa yang berlaku sebenarnya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas apa yang anda semua telah lakukan.”

Demikian mesej ringkas Christian Eriksen kepada akhbar Gazzetta dello Sport, hari ini.

Eriksen kini sedang menjalani pemerhatian di sebuah hospital di Copenhagen sambil ditemani oleh isterinya, Sabrina dan ibubapanya.

Difahamkan, kapten pasukan Denmark, Simon Kjaer dan penjaga gol Kasper Schmeichel telah diberi peluang untuk melawat rakan sepasukan mereka itu.

“Sekarang dia hanya perlu berehat, dan bersama dia adalah isteri dan ibubapanya.

“Dia akan terus diletakkan di bawah pemerhatian. Tetapi, apapun, dia masih mahu memberi sokongan terhadap rakan sepasukan yang akan menentang Belgium nanti,” kata ejen Eriksen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here