Pakej Kita Selangor 2.0 : Peruntukan RM551 juta untuk 1.6 juta rakyat

0
93
Amirudin Shari – Foto Selangor TV

CYBERJAYA – Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan peruntukan berjumlah RM551.56 juta untuk pelaksanaan Pakej Kita Selangor 2.0 yang bakal memberi manfaat kepada 1.6 juta rakyat negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sebanyak 25 program akan dilaksanakan berteraskan 3 strategi utama untuk meringankan beban rakyat, memastikan ekonomi serta pembangunan negeri berjalan dengan baik di sebalik cabaran dihimpit pandemik ketika ini.

“Menginsafi keluhan rakyat yang sedang menderita kesusahan maka Kerajaan Negeri telah merangka dan melaksanakan pakej rangsangan ekonomi untuk memacu semula ekonomi negeri,” katanya dalam pengumuman Pakej Kita Selangor 2.0 petang ini.

Amirudin berkata, jumlah peruntukan Pakej Kita Selangor 2.0 melibatkan peruntukan pertambahan sebanyak RM75.69 berbanding yang sebelumnya.

Beliau berkata, pelaksanaan dasar yang tepat pada waktu yang mencabar itu diharap memberi natijah yang baik dan menjadi pelaburan jangka panjang buat kesejahteraan negeri.

“Bukan sahaja rakyat negeri ini yang dapat menikmati manfaatnya, bahkan rakyat negeri lain yang menumpang teduh serta rajin berusaha di Selangor juga akan dapat menikmati hasil daripada polisi dan kebajikan tersebut,” katanya.

Berikut adalah senarai 25 inisiatif melalui Pakej Kita Selangor 2.0 yang diumumkan hari ini;

Strategi Pertama : Menjaga Kebajikan dan Kelangsungan Hidup Rakyat

-Program Bakul Makanan
-Bantuan Kewangan Kepada Keluarga Pesakit COVID-19
Yang Meninggal Dunia
-Bantuan Khas RM500 Orang Kurang Upaya (OKU)
-Moratorium Usahawan HIJRAH Selangor
-Hotline Khusus Aduan Keganasan Rumah Tangga
-Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran Bagi
Graduan Tahun 2021
-Program Tuisyen Rakyat Selangor
-Portal ePTRS.my
-Penangguhan Bayaran Sewa PPR dan Smart Sewa
-Bantuan Khas buat Pengusaha dan Guru Pendidikan Awal
(Tadika)
-Penangguhan Bayaran Pinjaman Pelajaran Biasiswa
Yayasan Selangor
-Bantuan Mahasiswa Selangor
-Data Internet Selangor
-Skim Internet Selangor Kategori M40

Strategi Kedua : Menyelamatkan Industri dan Sektor Ekonomi serta Usahawan di Selangor

-Selangor Advance
-Program Jaminan Bekalan Makanan
-Program Agro Prihatin
-Program Peningkatan Hasil
-Pinjaman HIJRAH Selangor

-Platform Selangor (PLATS) SELANGOR
-Bantuan Kewangan kepada Sektor Pelancongan di Negeri
Selangor

Strategi Ketiga : Kawalan Kesihatan Untuk Mengekang Penularan Wabak
-Ujian Saringan COVID-19 Komuniti Fasa 3
-‘Home Assessment Tool’
-Rebat Pengangkutan bagi Pengambilan Vaksin
-Kawalan Kesihatan di Tempat Kerja
-PROGRAM VAKSINASI COVID-19 NEGERI SELANGOR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here