Selepas Ronaldo, giliran Locatelli pula ‘malukan’ Coca-Cola

0
1859
Locatelli mengalihkan botol Coke dan digantikan dengan air minuman dalam sidang media semalam

ROME – Selepas Cristiano Ronaldo, pemain bintang Itali, Manuel Locatelli menjadi pemain terbaharu yang ‘menghina’ Coca-Cola apabila mengalihkan botol minuman tersebut ketika sidang media.

Locatelli yang cemerlang meledak dua gol ketika membantu Itali membenam Switzerland 3-0 awal pagi tadi segera menggantikannya dengan botol air mineral untuk diletak di tengah meja.

Sambil meniru gaya Ronaldo, pemain tengah berusia 23 tahun itu berkata ‘Aqua atau ‘Acqua’ yang bermaksud air minuman! dalam bahasa Itali.

Locatelli menjadi pemain ketiga yang bertindak ‘menyinggung’ penaja dengan mengenepikan minuman air mereka yang diletak di atas meja dalam sidang media.

Situasi sama berlaku dalam sidang akhbar melibatkan Paul Pogba semalam apabila pemain bintang tengah Perancis itu yang beragama Islam mengalihkan botol air minuman keras Heineken.

Tindakan Ronaldo, baru-baru ini telah menyebabkan nilai pasaran Coca-Cola mengalami kerugian AS$4 bilion (RM16.4 bilion).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here