Semua kaedah dan cara pelaksanaan akad nikah di Selangor ditangguh hingga 30 Jun

0
24
Gambar Hiasan

CYBERJAYA -Segala bentuk dan cara pelaksanaan upacara akad nikah di Selangor ditangguhkan bermula hari ini hingga 30 Jun depan.

Perkara berkenaan dimaklumkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam kenyataan di laman Facebooknya hari ini.

Menurut JAIS, perkara itu diputuskan setelah ia diperhalusi serta mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Pelaksanaanya demi membantu keberkesanan dasar semasa serta kepentingan banyak pihak.

“Jais membuat ketetapan bahawa pelaksanaan upacara akad nikah dalam apa juga bentuk dan cara adalah ditangguhkan mulai 1 Jun (hari ini) hingga 30 Jun 2021,” katanya.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui talian 03-55143400/ 03-55143600 atau e-mel ke [email protected]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here