
CYBERJAYA – Semua kaunter perkhidmatan percukaian di pejabat Cawangan, Pusat Satelit dan Pusat Khidmat Hasil (PKH) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan beroperasi secara janji temu bermula esok.
LHDN dalam kenyataannya memaklumkan,waktu operasi kaunter perkhidmatan percukaian itu ialah bermula pada pukul 8 pagi hingga pukul 12 tengah hari (berdasarkan hari bekerja di setiap negeri).
“Pelanggan yang ingin hadir boleh membuat janji temu secara dalam talian (eJanji Temu) dengan mwlayari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my kemudian klik pada menu ‘Hubungi Kami’; dan klik e-Janji Temu.
“LHDN ingin menasihatkan para pelanggan yang menghadiri janji temu untuk sentiasa mengemaskini Status Risiko Covid-19 masing-masing pada aplikasi MySejahtera dan mematuhi setiap Prosedur Operasi Standard (S.O.P) yang telah ditetapkan oleh Kerajaan bagi mengekang penularan wabak Covid-19,” katanya.
Dalam pada itu katanya, sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat; dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.