Semua kilang minuman keras diarahkan tutup serta merta

0
168
Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Kerajaan hari ini mengarahkan semua kilang minuman keras di seluruh negara ditutup secara serta-merta sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh fasa pertama.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun kebenaran beroperasi diberikan kepada kilang-kilang yang berasaskan makanan dan minuman, namun ia hanyalah untuk keperluan asas.

“Oleh yang demikian, kilang minuman keras tidak termasuk di dalam kategori keperluan asas.

“Sehubungan dengan itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini bersetuju supaya semua kilang minuman keras di seluruh negara ditutup serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini, hari ini.

Ismail berkata, semua sektor perkilangan kecuali membabitkan 12 kategori saja yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan PKP 3.0.

Semalam tular dalam media sosial apabila terdapat kilang arak terkenal di Selangor yang dibenarkan beroperasi walaupun ketika perintah lockdown penuh berkuatkuasa hari ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here