Siapa main pintu belakang, status Facebook Ismail Sabri cetus tanda tanya

0
363
Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA- Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memuatnaik satu hantaran yang menjadi persoalan ramai di Facebooknya.

“Saya sudah tutup pintu depan tapi….(diakhiri emoji sedih)” ujarnya ringkas dengan pautan gambar beliau sedang menutup pintu bilik pejabatnya.

Bagaimanapun, setakat ini tiada penjelasan lanjut apa yang dimaksudkan oleh Ismail Sabri itu sehingga menjadi tanda tanya dalam kalangan pengikutnya di Facebook.

Tinjaun di ruangan komen yang melebihi 6,000 ulasan dan dikongsi lebih 4,000 pula para pengikutnya membuat pelbagai anda.

“Takpe Dato usaha lagi untuk bersuara. Jika Dato melakukan dengan betul in shaa Allah rakyat juga akan turut bersama Dato. Dato harus teruskan bersuara agak menteri yang lain tu dengar masalah yang berlaku. Selagi sektor kilang dibuka maka lockdown kali ni umpama tiada erti pada rakyat. Fikir2 kan lah Dato. Jangan biar kan diri Dato dipersalahkan oleh rakyat. Kerana satu kutu habis semua jadi mangsa,” kata Asnirul Fitri Tukimam.

“Nak buat macam mana Datuk Seri yang bukak pintu belakang lagi kuat dia punya back up, Datuk Seri buat yag terbaik untuk rakyat, rakyat akan sokong,” kata Zulkifli Mohamed.

“Ada orang bolos ikut pintu belakang…macam itulah kilang-kilang yang operasi tanpa kebenaran,” kata Hairi Hafiz Hashim.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here