Situasi di Indonesia semakin meruncing

0
326

JAKARTA – Situasi Covid-19 di Indonesia semakin meruncing, kata Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa, hari ini.

Laporan Reuters menyebut, hospital yang berada di zon merah pandemik sudahpun melebihi kapasiti, dengan hospital di Jakarta melaporkan 93 peratus wad pengasingannya sudah diisi.

“Penularan varian Delta (di sini) menyebabkan situasi di Indonesia semakin menghampiri malapetaka,” kata ketua delegasi Pertubuhan Palang dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC) Jan Gelfand.

Kebelakangan ini, Indonesia melaporkan kes harian melebihi 20,000 kes sehari.

Kata seorang pegawai kanan Kementerian Kesihatan Indonesia, Siti Nadia Tarmizi, keadaan hospital yang semakin menghampiri kapasiti disebabkan oleh “pertambahan kes mendadak yang berpunca daripada pergerakan (orang ramai yang tidak terkawal) dan ketidak patuhan pada protokol kesihatan, yang diburukkan laagi oleh penularan varian Delta.”

Sementara itu, menurut laporan akhbar Straits Times, kerajaan Indonesia akan kembali mengetatkan protokol kesihatan mulai esok, termasuk melarang aktiviti ‘dine-in’ di restoren, dan keputusan negatif bagi ujian PCR sekiranya menggunakan perjalanan udara domestik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here