Skuad Harimau Malaya mudah diratah UAE

0
141
Penyerang negara, de Paula gagal memberikan impak kepada bahagian serangan Harimau Malaya ketika menentang UAE sebentar tadi

DUBAI – Hilang fokus di 10 minit terakhir perlawanan menyebabkan Malaysia dibelasah 0-4 dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 & Piala Asia 2023 di Stadium Zabeel, Dubai sebentar tadi.

Gol-gol UAE masing-masing dijaringkan oleh Ali Mabkhout pada minit ke-19 dan minit-91 serta Fabio Virgino pada minit-83 dan 93.

Malaysia yang turun dengan ramai pemain berdarah kacukan dan tiga pemain naturalisasi menunjukkan prestasi hambar sepanjang perlawanan.

Harapan tinggi yang diletakkan penyokong skuad Harimau Malaya terhadap penyerang naturalisasi Guilherme de Paula dibalas dengan kekecewaan apabila pemain Perak itu terus hilang dari radar pada separuh masa kedua.

Malah bahagian tengah yang diketuai oleh seorang lagi pemain naturalisasi Liridon Krasniqi juga sering kali hilang bola dan tiada idea untuk mencipta serangan berbahaya ke arah pintu gol lawan.

Kemasukan dua pemain gantian iaitu Syafiq Ahmad dan Luqman Hakim di bahagian serangan juga terus buntu untuk mendapatkan jaringan.

Bagaimanapun, prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh penjaga gawang, Farizal Marlias menyelamatkan Malaysia daripada kecundang dengan jumlah jaringan yang lebih teruk.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here