SOP ketat akan dinilai semula sekiranya kes harian turun di bawah 4,000

0
115

CYBERJAYA – Pelaksanaan ketat prosedur operasi standard (SOP) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berkuat kuasa sejak 1 Jun lepas akan dinilai semula sekiranya jumlah jangkitan harian Covid-19 turun di bawah 4,000.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, walaubagaimanapun berkata, itu tidak bermakna kerajaan akan menamatkan PKP.

“Saya dimaklumkan, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah bahawa apabila sampai ‘level’
4,000 kes, kita akan ‘review’ balik PKP ini.

“Bukan bermakna kita tamatkan PKP, tapi mungkin kita ‘review’ balik dari segi SOP yang mana boleh kita longgarkan sedikit,” kata Ismail Sabri kepada Bernama, hari ini.

Ismail Sabri sebelum itu melawat Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di Johor Bahru.

Beliau kemudiannya turut menambah, KKM akan membuat syor mengenai langkah yang boleh diambil sekiranya angka jangkitan harian turun ke paras 4,000 kepada Majlis
Keselamatan Negara (MKN) pada mesyuarat khas akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here