SPRM dakwa pegawai sendiri terima rasuah RM100,000

0
154

CYBERJAYA – Pejabat Peguam Negara hari ini memberi kebenaran mendakwa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas seorang pegawai suruhanjaya itu atas kesalahan rasuah di Mahkamah Seksyen 1 Shah Alam, hari ini.

Pegawai berkenaan, Shahrul Izuan Mohd Zin, 41, dituduh bersubahat dengan seorang lagi tertuduh, Teoh Peng Sin, 55, bagi menerima suapan wang tunai berjumlah RM100,000.

SPRM dalam kenyataan media hari ini berkata, suapan itu adalah sebagai dorongan untuk tidak melakukan siasatan terhadap seorang individu di bawah kesalahan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

“Kedua-dua tertuduh telah ditahan oleh SPRM pada 14 April 2021 dan pertuduhan hari ini dilakukan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen 1 Shah Alam, Rozilah Salleh.

“Pegawai terbabit juga sebelum ini pernah ditahan oleh pihak polis berkaitan kes siasatan di bawah Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) 2012, bagaimanapun pertuduhan hari ini tiada kaitan dengan kes tersebut,” kata SPRM.

SPRM ingin menegaskan tidak akan berkompromi dengan kegiatan salah laku, jenayah atau apa-apa perlanggaran undang-undang oleh pegawainya dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya mereka melakukan perkara tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here