SPRM tahan 6 kakitangan bank, minta dan terima rasuah RM18 juta

0
234
SPRM

SHAH ALAM- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam kakitangan sebuah bank, kerana disyaki meminta dan menerima rasuah RM18 juta.

Enam suspek berkenaan meminta dan menerima rasuah daripada pemohon-pemohon pinjaman peribadi melibatkan 110 transaksi antara 2018 hingga tahun lalu.

Mereka yang berumur antara 36 tahun hingga 45 tahun bertugas di beberapa cawangan bank itu sekitar Lembah Klang, ditahan 4.45 petang semalam di Pejabat SPRM Selangor.

Menurut laporan Bernama, kesemua suspek dipercayai meminta dan menerima wang suapan antara 15 hingga 35 peratus daripada 110 pinjaman pembiayaan peribadi, bernilai lebih kurang RM18 juta.

“Wang rasuah tersebut ialah sebagai balasan untuk meluluskan permohonan pembiayaan dari pemohon-pemohon yang sebenarnya tidak layak untuk membuat pinjaman,” menurut laporan Bernama yang memetik sumber.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi, mengesahkan penahanan terhadap keenam-enam individu berkenaan.

Katanya, kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini untuk permohonan reman.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here